简体中文
繁體中文
English
Pусский
日本語
ภาษาไทย
Tiếng Việt
Bahasa Indonesia
Español
हिन्दी
Filippiiniläinen
Français
Deutsch
Português
Türkçe
한국어
العربية
Abstract:Sikap anda, penentu kejayaan anda!!!
Tetapkan matlamat
Tetapkanlah matlamat yang anda ingin capai. Anda tidak disyorkan untuk mensasarkan keuntungan setiap hari. Ada hari keuntungan tersebut mungkin tinggi dan ada hari mungkin tidak. Jika anda masih cuba untuk meraih keuntungan setiap hari, ia hanya akan membebankan anda. Dalam kes ini, anda mungkin akan benci kepada trading. Adalah elok untuk anda menetapkan matlamat secara bulanan atau tahunan. Dengan itu, anda akan lebih bermotivasi dan mampu mengawal tekanan anda. Lakukanlah mengikut matlamat anda secara konsisten.
Rekod jurnal
Kaedah ini seringkali ditemui di mana-mana. Pengalaman anda adalah kunci kepada pengetahuan terhadap pasaran. Penting untuk anda mencatat hasil trading anda samada baik atau buruk. Jurnal tersebut akan membantu hala tuju kejayaan anda dan memperbaiki kelemahan anda sendiri.
Pengurusan risiko
Jika anda ingin kekal dalam trading, jadikan amalan pengurusan risiko sebagai kunci dalam diri. Semak setiap risiko yang berkemungkinan dalam trade anda. Anda tidak digalakkan untuk trading dengan menggunakan parameter secara rawak. Kawal saiz entry anda dan risk/reward ratio.
Kawal masa trading anda
Ini penting jika anda trader sepenuh masa (FTT). Semakin lama anda di depan monitor, semakin rendah keupayaan anda untuk fokus dan berfikir secara jelas. Berehatlah jika perlu dan uruskan kehidupan anda juga.
Ubah persekitaran anda
Rutin akan menyebabkan anda musnah. Ubahlah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian anda.
Nikmatilah hujung minggu
Hujung minggu sememangnya masa paling berharga buat anda. Kumpul semula tenaga anda bersama keluarga. Tapi perlu diingat, jadikan hujung minggu sebagai hari untuk menganalisis strategi trading pada hari mendatang. Luangkan masa dengan melihat carta mingguan, menyemak tarik-tarikh penting dalam kalendar ekonomi dan membaca berita kewangan. Bersedialah! Ini akan meningkatkan keyakinan dan kesediaan anda pada hari Isnin.
Bersosial
Apabila anda terlalu fokus kepada trading, anda boleh menjadi sunyi. Luang masa dengan berkomunikasi sesama traders. Ini akan meluaskan horizon anda dan membawa kegembiraan ketika berkongsi pendapat antara satu sama lain. Tambahan lagi, kini banyak media sosial yang boleh membantu anda untuk bersosial.
Teruskan belajar
Walaupun anda sedar bahawa ilmu trading memerlukan masa yang panjang, anda perlulah sentiasa praktikal dengan situasi tersebut. Isi masa anda dengan menghadiri webinar, membaca buku rujukan dan menghadiri kursus-kursus. Dengan cara ini, anda bukan sahaja memperoleh idea asas malah, kemahiran trading anda akan meningkat.
Bukan mudah untuk membentuk sikap yang positif. Jangan jadikan sikap di atas menyusahkan anda. Sentiasa berfikir yang ia akan membantu kehidupan anda menjadi lebih baik. Jika anda jadikan ia sebagai panduan, anda akan melihat trading anda semakin konsisten dan akan berjaya dalam masa 21 hari atau mungkin lebih awal!!!
DAN YANG PALING PENTING, SENTIASA MEMBUAT PENGELUARAN KEUNTUNGAN DAGANGAN ANDA KERANA IANYA AKAN MEMBANTU MENAIKKAN MOTIVASI DAGANGAN ANDA!.
==========
WikiFX, a global leading broker inquiry platform!
Use WikiFX to get free trading strategies, scam alerts, and experts experience!
╔════════════════╗
Android : cutt.ly/Bkn0jKJ
iOS : cutt.ly/ekn0yOC
╚════════════════╝
Disclaimer:
The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.
WEEKLY FUNDAMENTAL GOLD PRICE FORECAST: NEUTRAL
GOLD, XAU/USD, TREASURY YIELDS, CORE PCE, TECHNICAL ANALYSIS - TALKING POINTS:
EUR/GBP PRICE, NEWS AND ANALYSIS:
The dollar was up on Thursday morning in Asia, with the yen and euro on a downward trend ahead of central bank policy decisions in Japan and Europe.