简体中文
繁體中文
English
Pусский
日本語
ภาษาไทย
Tiếng Việt
Bahasa Indonesia
Español
हिन्दी
Filippiiniläinen
Français
Deutsch
Português
Türkçe
한국어
العربية
Abstract:7 Tips Forex Trading Yang Perlu Anda Ketahui
1. TRADE PAIR YANG SENANG PROFIT SAHAJA
Janganlah pergi balun semua pairs. Fokuslah pada pairs yang senang bagi profit iaitu EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan USDJPY. Ada sebab kenapa pairs ni begitu popular di kalangan traders. 2 sebab utamanya ialah (i) pergerakannya lebih mudah dibaca, dan (ii) ia jarang melanggar prinsip “price action”. Selain itu, nak buat perbandingan analisis pun senang sebab ramai traders yang buat analisis major pairs ni.
2. WAJIB TAHU BACA CANDLESTICKS & SUPPORT AND RESISTANCE (SNR)
Teknik ini sangat penting. Jika anda belum tahu teknik ini maka anda wajib belajar, memahami dan rajin-rajin praktis supaya skill anda lebih hebat dan tajam. Barulah untung!
3. TRADE LAH PADA WAKTU YANG BETUL
Fokuskan trade anda pada pukul 8PM – 12AM (waktu Malaysia). Ini adalah waktu aktif di mana (i) Lepas entry, kejap je boleh profit banyak dalam masa singkat, dan (ii) Lagi senang nampak dia nak pergi ke mana. Selain itu, time ni juga banyak news-news USD yang boleh boost lagi profit (ataupun loss) trade anda.
4. LOSS BOLEH BERLAKU DALAM FOREX, MONEY MANAGEMENT WAJIB TAHU
Trade kena ada Stop Loss (SL), iaitu di mana kita akan exit trade kita dengan kerugian. Jangan ego, jangan bodoh sombong, jangan ingat anda boleh control market. Modal anda kalau ada $100,000 sekalipun mana boleh nak control market bernilai USD 5 trillion. Biarlah loss sikit hari ini, tapi esok lusa boleh berjuang lagi. Jangan loss sampai terkorban terus. Sebab tu lah kena faham apa itu Money Management.
5. BIAR TRADE SIKIT TAPI PROFIT BANYAK, JANGAN TRADE BANYAK TAPI PROFIT SIKIT
Buat apa lakukan kerja 10x lebih susah untuk hasil yang sama? Seminggu 1 trade berkualiti yang menjana 100 pips kan lebih mudah? Fokus pada KUALITI, bukan kuantiti. 10x anda trade, anda boleh jamin ke semua tu anda boleh profit? Kalau profit 8x dapat 80 pips, tapi 2x loss tu jumlahnya 80 pips, at the end tak dapat apa-apa. Sia-sia sahaja anda profit 8x tu huhuhu… Ingat, always go for quality trades!
6. KAJI SEBELUM ENTRY, MESTI ADA TRADING PLAN
Kita trade bukan sebab malam semalam dapat firasat dalam mimpi. Sebelum trade kenalah buat analisis. Pairs apa nak trade, di mana nak entry, di mana nak set SL, di mana nak set Target Profit (TP), berapa lot nak guna dll. Itu semua SEBELUM, bukan selepas Entry. Itulah yang dikatakan Trading Plan. Jangan jadi trader gatal tangan atau trade berpandukan “nafsu serakah”. Bila ada plan, kita akan trade dengan lebih tenang dan setiap keputusan buy atau sell itu dibuat dengan teliti.
7. START DENGAN MODAL MINIMUM DAHULU
Kalau modal $50 pun asyik MC, adakah anda akan berjaya menggunakan modal $5000? Tentulah tidak. Kalau anda boleh kawal modal kecil, anda tentu boleh kawal modal besar. Step yang betul ialah demo account (sekadar untuk faham cara guna MT4) >>> real modal kecil (untuk biasakan diri dengan “emosi” real account) >>> real modal besar ikut kemampuan (bila dah boleh besarkan modal kecil). Ingat, tak ada beza kawal $5000 atau $50 selagi mana ia berpaksikan money management yang betul. Kalau anda boleh gandakan $50 menjadi $100, anda tentu juga boleh menukar $500 menjadi $1000.
---------
WikiFX App, platform pertanyaan broker terkemuka di dunia! Gunakan Aplikasi WikiFX untuk mengenal pasti penipuan:
╔════════════════╗
Android : cutt.ly/Bkn0jKJ
iOS : cutt.ly/ekn0yOC
╚════════════════╝
Disclaimer:
The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.
WEEKLY FUNDAMENTAL GOLD PRICE FORECAST: NEUTRAL
GOLD, XAU/USD, TREASURY YIELDS, CORE PCE, TECHNICAL ANALYSIS - TALKING POINTS:
EUR/GBP PRICE, NEWS AND ANALYSIS:
The dollar was up on Thursday morning in Asia, with the yen and euro on a downward trend ahead of central bank policy decisions in Japan and Europe.