简体中文
繁體中文
English
Pусский
日本語
ภาษาไทย
Tiếng Việt
Bahasa Indonesia
Español
हिन्दी
Filippiiniläinen
Français
Deutsch
Português
Türkçe
한국어
العربية
Abstract:PENIPUAN FOREX DI MALAYSIA
Berdasarkan Kajian Setiap Tiga Tahun oleh Bank Penyelenggaraan Dagangan Antarabangsa, Pasaran forex menjalankan dagangan $1.65 trilion sehari. Gabungkannya dengan pilihan mata wang serta kontrak niaga hadapan, dan jumlah yang didagangkan pada apa-apa hari adalah lebih daripada $5 trilion. (pergi ke bahagian ‘Apa itu Forex’)
Dengan jumlah wang yang terapung di sekitar satu pasaran yang tidak dikawal selia dan berdagang dengan serta-merta tanpa kebertanggungjawaban, penipuan forex menawarkan godaan memperoleh kekayaan dalam jumlah masa yang terhad. Sementara banyak penipuan lama yang terkenal telah berhenti disebabkan tindakan penguatkuasaan yang serius daripada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Kewangan, sesetengah penipuan lama masih berlegar, dan penipuan baru asyik muncul.
Penipuan Spread
Penipuan forex lama adalah berasaskan manipulasi spread tawaran/permintaan oleh komputer. Secara asasnya, spread titik antara tawaran dan permintaan mencerminkan komisen satu transaksi berselang-seli yang diproseskan melalui seorang broker. Spread ini biasanya berbeza antara pasangan mata wang. Penipuan tersebut terjadi apabila titik spread tersebut berbeza secara meluas. Sebagai contoh, spread biasa untuk EUR/USD dengan broker ialah 2 atau 3 pip, tetapi broker penipuan akan memberi 7 pip atau lebih. Empat atau lebih pip atas setiap dagangan $1 juta, dan sebarang pendapatan berpotensi akibat daripada pelaburan yang baik akan ditelan oleh komisen. Pedagang kalah dan Broker menang.
Penipuan ini telah menjadi kurang aktif sejak 10 tahun yang lalu, di mana broker menjadi sasaran pengawasan pengawalseliaan. Namun demikian, sila berhati-hati dengan mana-mana broker yang tidak dikawal selia. Kecenderungan untuk memanipulasikan jumlah spread masih wujud, dan ia agak mudah untuk seorang broker yang tidak dikawal selia untuk mengemas dan hilang dengan wang tersebut.
Penipuan Penjual Isyarat (Forex Signal)
Penipuan zaman moden yang terkenal ialah penjual isyarat. Penjual isyarat ialah syarikat kecil, pengurus wang atau pedagang-pedagang individu yang menawarkan satu sistem - untuk yuran harian, mingguan atau bulanan - dan mereka mendakwa bahawa mereka boleh mengesan masa yang menguntungkan untuk membeli atau menjual pasangan mata wang (isyarat menguntungkan), berdasarkan cadangan profesional yang akan menjadikan sesiapa sahaja kaya. Mereka akan mendesak untuk menawarkan pengalaman lama dan kemampuan dagangan mereka, selain daripada surat penghargaan daripada orang yang menjamin betapa hebatnya pedagang dan kenalan tersebut, dan kekayaan besar yang telah diperoleh melalui orang itu.
Apa yang pedagang yang tidak mengesyaki itu perlu membuat adalah untuk menyerahkan X jumlah dolar untuk keistimewaan cadangan dagangan. Ramai penipu ini cuma mengutip wang daripada sejumlah pedagang lalu hilang. Sesetengah penipu akan mencadangkan dagangan bagus dari masa ke masa demi membenarkan wang isyarat dikekalkan. Penipuan baru ini sedang berkembang sebagai satu masalah yang meluas secara lambat laun. Walaupun terdapat penjual isyarat yang jujur dan memainkan peranan dagangan seperti yang diingini, ia berbaloi untuk berasa ragu-ragu.
Sesetengah juruanalisis membuat anggaran bahawa banyak ataupun kebanyakan penjual isyarat ialah artis penipuan. Satu kritik yang kerap diberikan ialah jika ianya betul-betul mungkin untuk menggunakan satu sistem untuk mencabar pasaran tersebut, kenapakah individu atau syarikat tersebut yang memiliki maklumat tersebut menjadikannya mudah didapati? Tidakkah ia lebih masuk akal untuk penjual isyarat menggunakan sistem pengisyaratan yang hebat ini untuk menjana keuntungan besar untuk diri sendiri?
Cara yang terbaik untuk menentukan sama ada seorang penjual isyarat boleh memberikan faedah kepada anda adalah untuk membuka satu akaun Forex demo, bersabar dan akhirnya, anda akan menentukan sama ada pengisyaratan ramalan mengikut keinginan anda atau tidak.
Penipuan “Robot” dalam Pasaran Kini
Satu penipuan berterusan yang lama dan baru, timbul dalam beberapa jenis sistem dagangan yang dikembangkan melalui forex. Penipu ini mencuba untuk menawarkan kebolehan sistem mereka untuk menjana dagangan automatik sehingga anda boleh memperoleh kekayaan yang besar semasa anda sedang tidur. Hari ini, terminologi baru tersebut ialah “Robot Forex”, disebabkan kebolehannya untuk berfungsi secara automatik. Dalam kedua-dua kes, kebanyakan sistem ini belum lagi dihantar untuk review rasmi dan diuji oleh sumber bebas.
Faktor-faktor pemeriksaan mesti memasukkan pemeriksaan parameter dan kod pengoptimuman sistem dagangan. Sekiranya parameter dan kod pengoptimuman adalah tidak sah, sistem tersebut akan menjana isyarat membeli dan menjual yang rawak. Ini akan menyebabkan pedagang-pedangang yang tidak mengesyaki untuk tidak membuat apa-apa selain berjudi. Walaupun sistem yang telah diuji wujud dalam pasaran, pedagang-pedagang forex berpotensi perlu mengkaji sebarang sistem yang mereka berfikir untuk menggabungkan dalam strategi dagangan mereka.
Pengurusan Pelaburan Forex Palsu
Dalam dunia pelaburan, dakwaan yang mengejutkan ialah tanda penipuan berkemungkinan yang paling pasti.
Pada beberapa tahun yang lepas, dana pengurusan forex telah semakin bertambah. Kebanyakan ini, kalau bukan kesemuanya, ialah penipuan. Mereka menawarkan seorang pelabur “peluang” untuk mendapatkan dagangan forexnya diuruskan oleh pedagang-pedagang forex yang berkemahiran tinggi dan boleh menawarkan pulangan pasaran yang hebat sebagai balasan untuk sebahagian keuntungan tersebut.
Masalahnya, tawaran “pengurusan” ini memerlukan pelabur untuk melepaskan kawalan wangnya dan memberikannya kepada seorang yang kurang dikenali selain daripada rekod kejayaan yang diperbesar-besarkan dan selalunya palsu sama sekali yang sedia ada atas laman web dan risalah penipu.
Pelabur tersebut selalu berkesudahan tanpa apa-apa, manakala penipu itu menggunakan dana pelabur untuk membeli kapal layar serta pulau persendirian. Satu prinsip praktikal dalam pasaran forex, bersamaan dengan pelaburan lain, adalah jika ia kedengaran terlalu baik untuk menjadi benar, seperti pulangan bulanan yang melebihi 100 peratus, contohnya, ia sudah tentunya satu penipuan.
Namun demikian, pada beberapa tahun yang lepas, pelaburan selamat dalam Forex melalui perkhidmatan salin dagangan (Copy Trade) daripada broker telah menjadi sedia ada, di mana pelabur memiliki kawalan sepenuhnya atas wangnya, dan pengurus akaun (pedagang-pedagang profesional) melalui peringkat prestasi dan pemantauan faktor-faktor lain sebelum mereka boleh diupah oleh pelabur-pelabur.
Broker yang Tidak Jujur
Walaupun pasaran forex tidak dikawal selia sepenuhnya, ia tidak mempunyai pihak berkuasa pengawalseliaan berpusat. Tidak menghairankan, sesetengah broker forex tidak berurusan secara adil dengan pelanggan mereka, dan menipu mereka dalam kes-kes tertentu. Kebanyakan daripada mereka ialah broker kecil, murah, baru atau tidak dikawal selia.
Anda boleh mengelakkan broker Forex yang jahat dengan senang. Berdagang dengan seorang broker di bawah pengawasan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Kewangan, seperti CySEC di Cyprus, FCA di UK, ASIC di Australia. Sementara dagangan forex itu mungkin dikawal selia, tiada broker di bawah pengawasan sedemikian akan merisikokan lesennya dengan menipu pelanggan forexnya. Pilihlah seorang broker yang mantap, telah ada untuk masa yang lama, telah membina nama jenama yang besar, dan beretika ketika berurusan dengan pelanggan. Semaklah halaman wikifx.comuntuk menyemak kredibiliti dan kebolehpercayaan satu-satu broker yang anda ingin gunakan.
Penipuan dan isyarat amaran lain wujud semasa broker tidak membenarkan pengeluaran wang daripada akaun-akaun pedagang, atau semasa masalah wujud dalam platform dagangan. Bolehkah anda menyertai atau meninggalkan satu dagangan semasa satu pengumuman ekonomi yang tidak selari dengan jangkaan? Sekiranya anda tidak dapat mengeluarkan wang, tanda-tanda amaran sepatutnya bernyala. Jika platform dagangan tersebut tidak beroperasi mengikut jangkaan anda, tanda-tanda amaran sepatutnya bernyala sekali lagi.
Faktor Paling Penting
Penipuan Forex wujud dan anda sepatutnya berhati-hati dengan mereka. Pasaran Forex bukan satu skim cepat kaya, tetapi, anda akan mempunyai peluang tinggi untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya dan memperoleh pendapatan yang bagus, jadi dekatinya dengan fikiran yang terbuka dan anda tidak akan menjadi mangsa kepada Forex yang disebut di atas. Anda boleh menjauhkan diri daripada semua penipuan yang disebut di atas sekiranya anda berada di sini untuk mendedikasikan masa anda kepada pembelajaran Forex dengan betul-betul, hasilkan satu rancangan dagangan dan ikutinya, usahakan disiplin diri anda dalam Forex, pilihkan seorang broker bagus dan mulakan kerjaya dagangan forex dalam talian anda.
-----------------------
┏━━━━━━━━━━━━┓
WikiFX App, platform pertanyaan broker terkemuka di dunia! Gunakan Aplikasi WikiFX untuk mengenal pasti penipuan:
Android: cutt.ly/Bkn0jKJ
iOS: cutt.ly/ekn0yOC
┗━━━━━━━━━━━━┛
Disclaimer:
The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.
We are thrilled to announce that Easy Trading Online has been awarded the “Best Forex Broker - Asia” at the Wiki Finance EXPO 2024 Hong Kong! This prestigious recognition underscores our commitment to excellence and dedication to providing top-notch services to our clients.
On the evening of April 28, Easy Trading Online proudly received the 'Most Trusted Forex Broker' award at the BrokersView 2024, hosted by Fastbull. This accolade is a testament to our steadfast dedication to providing reliable and superior trading services in the forex and CFD brokerage industry.
The BrokersView Expo Dubai 2024 is a premier event in the financial industry, bringing together top financial institutions, brokers, and technology providers from around the globe. As the Gold Sponsor of BrokersView Expo Dubai 2024, Easy Trading Online took the opportunity to showcase our latest products, service technologies, and core competitive advantages in the forex trading field.
On the 23rd of March, the Easy Trading Online family had the distinguished pleasure of being the Table Sponsor at the prestigious Wiki Gala Night. As we reflect on the event, it’s with a sense of pride and joy that we share the highlights and our takeaways from an evening that was as inspiring as it was splendid.